punk
Dalam tahun 1901, Pemilik Bank Yahudi bernama Mizray Qrasow bersama dua orang pemimpin Yahudi datang menemui Sultan Abdul Hamid II, menawarkan bantuan kepada Khilafah Islamiyah seperti berikut:

1. Membayar lunas hutang Khilafah Islamiyah
2. Membangun Angkatan Laut Khilafah Islamiyah
3. 35 juta Lira Emas tanpa bunga untuk kesejahteraan Khilafah Islamiyah

Tawaran itu sebagai harga dari:

1. Mengizinkan orang Yahudi berkunjung ke Palestin mengikut waktu yang mereka inginkan, dan bermukim selama mereka inginkan untuk "berziarah ke tempat-tempat suci".

2. Mengizinkan orang Yahudi membina pemukiman dengan lokasi berhampiran
Jerusalem.

Sultan menolak tawaran tersebut lalu mengirimkan jawapan melalui Tahsin Pasha, seperti berikut: "Beritahu para Yahudi yang tidak sopan itu, bahawa hutang Khilafah Islamiyah tidaklah memalukan, Jerusalem telah menjadi sebahagian dari wilayah Islam sejak Khalifah 'Umar ibn Khattab dan saya tidak akan memikul beban sejarah yang memalukan dengan menjual Negeri Suci itu kepada orang Yahudi dan tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat saya. Suruh orang Yahudi itu mengambil semula wangnya, dan Khalifah tidak akan bersembunyi didalam bangunan yang dibina dengan wang dari musuh-musuh Islam."

Khalifah juga menyuruh Yahudi itu segera angkat kaki dan tidak diizinkan untuk datang lagi. Dengan Yahudi dan Zionis ikut memainkan peranan, maka konspirasi untuk menamatkan Khilafah Islamiyah mulailah ekskalasinya.

Namun orang Yahudi tidak berputus asa menghadapi Khalifah, selepas dari kedatangan Mizray Qrasow, maka dalam tahun itu juga (1901) pendiri gerakan Zionis, Theodor Hertzel, mengunjungi lagi Kota Istanbul dan berusaha untuk menemui Sultan Abdul Hamid II tetapi Sultan telah menolak kunjungan Hertzel dan menyuruh Ketua Dewan Menteri untuk menyampaikan titah Khalifah:

"Arahkan Dr. Hertzel untuk tidak meneruskan projeknya itu. Saya tidak akan memberi sejemputpun tanah dari bumi suci itu, kerana itu bukan milik saya, ia adalah milik umat Islam seluruh dunia. Orang Yahudi diminta mengambil semua wangnya yang berjuta-juta itu. Selama saya masih hidup, saya lebih suka menerima tebasan pedang daripada melihat tanah Palestin dirampas dari wilayah Khilafah Islamiyah. Ini ada sesuatu yang tidak mungkin saya terima, saya tidak akan membiarkannya selama saya masih hidup."